Kematian

Standard

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui”

(Al-‘Ankabut; Ayat 64)

KEMATIAN, yang pastinya akan datang dan mengundang semua umat manusia ini pada suatu hari nanti ke alam barzakh.

Aku mula akan mengerti, sebab kenapa aku memilih bidang kedoktoran ini. Dari sejak kecil, niatku hanyalah sekadar untuk merawat orang yang sakit. Dan kini aku mula mengerti, akan betapa beratnya tanggungjawab ini nanti. Dan lebih perit apabila melihat mereka berada dalam kesakitan, tenatnya hanya berjuangkan untuk hidup, malah juga sedia untuk menerima KEMATIAN.

Sesungguhnya menjadi seorang doktor itu mempunyai kebaikannya. Bahkan ianya adalah merupakan satu kerjaya yang dihormati kerana kemuliaan kerjaya ini. Sungguh ku bersyukur jika sekiranya diberi peluang untuk menjadi hamba-Nya yang ditakdirkan untuk menjadi perantaraan dan merawat mereka yang sakit. Malahan lagi melawat mereka yang sakit itu, umpama melawat kebun syurga, sungguh indah.

Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang pada saudaranya yang Muslim menjengoknya (ketika sakit, seumpama) berjalan di dalam kebun syurga sehingga duduk dia. Maka ketika duduk dia dituliskan kasih sayang (Rahmat) Allah (a.w) terhadapnya. Maka jika ada paginya (melawat pesakit) mendoakan 70,000 malaikat sampai petang. Dan jika ada pada petangnya (melawat pesakit)mendoakan atasnya 70,000 malaikat sehingga waktu subuh.’ [Hadith ibnu Majah]

Maka dari itu, ingin ku berjihad dalam bidang ini, bukan untuk semata-mata untuk disanjungi, malah untuk merawat mereka dalam kesakitan, menolong mereka dalam kesusahan dan penderitaan.

8:58 PM; 20th December 2015

-khairulsadekhz

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s